Skip to main content

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

 


Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas- kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat.

Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. Ada orang tanya..LOGIK ke?..Entah..aku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je... 

Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4

Pelanggan/Tempat 

Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas.

Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nanas

1. Macam biasalah, pelanggan nak hilangkan dahag

2. Peminat Jus Nanas - macam orang suka minum kopi Starbuc

3. Orang nak KHASIAT NANAS Vitamin C, mencegah Kanser, pencernaan.. nanti kita sembang tentang khasiat nanas dalam topik akan datang

Jenis ke-3 ni paling cun. Mereka adalah pelanggan tetap..sanggup berbelanja puluhan ringgit untuk Jus Nanas..Ada pelanggan aku order Pati Nanas 6 Liter setiap minggu.. aku ingat dia buat busines tapi aku silap.. dia minum sekeluarga.

Tapi, pelanggan jenis-3 ni bukan penentu utama untuk cecah 40 Liter. Kalau ikut pengalaman aku,  yang banyak bantu ikut ranking adalah pelanggan jenis-2, 3 & 1. Tapi aku tak ada data saintifik untuk sokong pendapat aku.. sekadar pemerhatian peribadi je.. 

Jadi nak pacak gerai kat mana2 pun okey.. janji kawasan tumpuan atau lalu-lalang orang ramai..Macam aku, pacak gerai kat tepi jalan - laluan utama taman perumahan je..aku masih lagi dengan cara tradisional. Sikit-sikit aku buat COD untuk lokasi berhampiran..aku upah geng2 food rider buat part-time. 



Itu kalau nak busines jenis gerai, konsep air balang. Tapi kalau kau orang nak buka Kios Jus Buah, dah lain cerita. Kalau kau orang dah ada gerai, kedai makan atau restoran lagi cantik..boleh top-up dalam menu jualan kau orang..

Aku tengok banyak gerai jual goreng pisang & air jagung, laksa & air oren, ayam goreng crispy & teh air.. apa kata kau orang cuba Jus Nanas lak..

Kalau dulu mungkin kau orang tak ada masa nak cari stok buah, remeh nak ngopek dan blend, tapi sekarang dah senang..kau orang beli je Pati Nanas MD2 100% Asli keluaran PATINANAS.COM.

Kau orang dah ada kerja tetap tapi nak berniaga Jus Nanas gak, secara part-time, nak tanbah pendapatan - pun boleh je. 

Kau orang kerja sebagai guru, kerja pejabat, kerja kat kilang.. kau orang boleh pek Jus Nanas ke dalam botol, atau dalam 'stand-up porch beg'.. kau orang boleh letak kat kantin sekolah, kafe pejabat, kantin kilang.. kau orang boleh berkerjasama dengan makcik/pakcik kantin.. macam-macam cara kau orang boleh jual Jus Nanas..Kau orang boleh dapatkan Pati Nanas keluaran PATINANAS.COM.. tak yah susah2 nak proses buah nanas..

Ramai orang hilang punca pendapatan sebab COVID..nak tunggu makan gaji balik mungkin lambat..kena tunggu ekonomi pulih..kena tunggu operasi busines syarikat berjalan macam biasa.. tapi belum tentu dia orang nak ambik kita balik.. dia orang munkin lebih minat ambik orang baru..boleh bayar gaji murah sikit..

Kalau kau orang yang dok tunggu2 tu..mungkin boleh cuba Busines Jus Nanas. Harap2 apa yang aku kongsi ni boleh bantu kau orang, sekurang2nya bagi motivasi untuk kau orang bergerak kehadapan, cari rezeki untuk anak bini..

Kalau kau orang nak mulakan Busines Jus Nanas, aku syorkan sangat2 untuk kau orang guna Pati Nanas MD2 100% Asli keluaran PATINANAS.COM.. kau orang tak yah nak pikir pasal stok buah, tempat simpan & proses buah, risiko buah rosak, masa untuk ngopek & blend buah nanas.. 

Kau orang tak perlu modal yang besar untuk mulakan Busines Jus Nanas kalau guna Pati Nanas MD2 100% Asli keluaran PATINANAS.COM

Okey dah panjang lebar..nanti aku sambung bab Promosi lak nanti.. Jumpa lagi..stay tune..πŸ˜…πŸ˜…


Ditaja oleh PATINANAS.COM. Pembekal Pati Nanas MD2 100% Asli.

 



Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..πŸ˜‰πŸ˜‰ Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. πŸ’ͺπŸ’ͺ Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..πŸ˜…πŸ˜…InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...