Skip to main content

Busines Lepas COVID



Suka atau tidak, COVID dah jadi norma baru. SOP perlu diteruskan walaupun semua dah dapat suntikan 'vaccine'. Hinggalah virus COVID betul-betul hilang daripada muka bumi ni.. Bila? Tak tahu. Tunggu dan lihat..

Ramai yang hilang punca pendapatan sebab COVID. Orang berniaga pun kena, yang makan gaji pun sama. Busines besar dan kecik..semuanya terkesan. Bukan aje kat negara kita, seluruh dunia. Kerajaan bantu sikit-sikit. Kasi tunai.. Tentu tak cukup. Nak cukupkan kena usaha sendiri.

Pelbagai pilihan yang ada ikut kesesuaian dan kemampuan sendiri. Yang paling cepat adalah busines.


Nak berniaga apa? Soalan cepumas. Ramai orang tanya soalan yang sama. Pelbagai jawapan yang ada. Saya cadang secara umum.

1. Ikut kemahiran sendiri - kalau pandai masak, boleh busines makanan. Kalau pandai bertukang boleh tawar khidmat penyelenggaraan kepada jiran-jiran. Kalau pandai ONLINE boleh tawar khidmat latihan atau ambil upah promosi produk.

2. Ikut minat - tahu sikit-sikit aje tapi minat..boleh tingkatkan kemahiran. Minat repair 'aircond' tapi tak mahir.. tak apa..boleh belajar.. cari kursus yang ditaja oleh HRDF-Penjana, MARA.

3. Busines yang senang-senang..boleh jana RM2~3 ribu sebulan. Cari yang dapat pulangan dalam jangkamasa pendek..perniagaan tunai.. Tak yah cuba yang jenis bekal-bekal melalui tender buat masa sekarang.. kecuali ada simpanan tunai yang tebal.

Apa pun jenis busines, kena ada ilmu. Bukan jenis baca-baca, hembus-hembus tu..KURAFAT.. silap-silap boleh jadi SYIRIK... Nauzubillah..

Maksudnya ilmu busines..kalau orang belajar kat U dipanggil konsep 4P - Product (produk yang nak jual), Price (struktur kos/harga), Place/People (tempat/pelanggan) dan Promotion (promosi)



Bila dah berilmu, apa-apa je boleh dijadikan busines..janji tidak menyalahi undang-undang dan yang paling penting adalah HALAL..

Nanti sambung lagi..

Ditaja oleh PATINANAS.COM, Pembekal Pati Nanas MD2 100% Asli



Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..😉😉 Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. 💪💪 Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..😅😅InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

  Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas - kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat. Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. A da orang tanya..LOGIK ke?..Entah..a ku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je...   Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS ..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4 Pelanggan/Tempat  Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas. Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nana...