Skip to main content

Pendapatan Terjejas Sebab COVID



Ramai orang hilang kerja sebab Covid. Hilang sumber pendapatan. Sekatan pergerakan menyebabkan syarikat tak dapat beroperasi macam biasa. Ekonomi dalam negara dan seluruh dunia merudum. Kuasa membeli dah berkurang.

Kerajaan dah bantu. Hulurkan sedikit tunai. Tapi tak cukup. Memang tak akan cukup. Kerajaan tak leh bantu banyak. Tak leh bantu semua orang untuk selama-lamanya.


Yang terkesan tu kena cari jalan penyelesaian sendiri. Macam mana? Kena pikir sendiri. Apa yang sesuai ikut kemampuan. Ikut minat. Ikut kepakaran sendiri. Janji dapat jana pendapatan yang halal untuk keluarga.

Kalau nak kerja makan gaji balik memang lambat. Tunggu semua orang ambil 'vaccine' dulu. Tunggu ekonomi pulih semula. Tunggu perniagaan syarikat berjalan seperti biasa. 

Tapi nak tunggu semua tu ambil masa. Entah bila. Bulan depan? 6 bulan lagi? Tahun depan? Bolehlah tunggu tapi hari ni dapur nak kena berasap. Esok belanja anak sekolah nak kena sediakan. Bulan depan pinjaman bank, bill air, letrik, HP nak kena bayar.

Ada yang join geng 'food delivery'. Kena ada motor. Panas sikit tak ape. Walaupun dah ramai peserta dalam industri ni, apa salahnya mencuba. Ada juga usaha yang boleh dibuat untuk jana pendapatan. Tapi kerjaya 'food delivery' ni untuk jangkamasa pendek je..

Atau munkin boleh cuba berniaga sendiri.


Nak berniaga apa? Modal macam mana? Bagaimana nak promosi dan jual? Nanti kita bincang dengan lebih lanjut... Boleh ke, mampu ke letak ke kita letak tepi..tanam azam dulu..yang penting perlu usahakan sesuatu sebab dapur nak kena berasap. Anak-anak perlu belanja sekolah. Tiap-tiap bulan kena bayar pinjaman bank dan bill utiliti..perlu duit...

Semoga yang terkesan tu tabah dalam menghadapi dugaan...

Ditaja Oleh: PATINANAS.COM

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..😉😉 Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. 💪💪 Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..😅😅InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

  Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas - kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat. Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. A da orang tanya..LOGIK ke?..Entah..a ku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je...   Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS ..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4 Pelanggan/Tempat  Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas. Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nana...