Skip to main content

Pelan Busines Jus Nanas (Part-3)


Dalam topik Pelan Busines Jus Nanas (Part-2) kita bincang pasal struktur kos/harga (Price). Kali ni kita bincang pasal Pelanggan/Tempat (people/place) lak..

PELANGGAN/TEMPAT (people/place)

Dalam teknik KEDUA, membina Pelan Busines pakai konsep 4P ni, Pelanggan/Tempat adalah adalah perkara pertama. Tapi dalam teknik PERTAMA, ia jadi perkara ke-3. Apa beza? Teknik KEDUA biasanya untuk produk inovasi..busines berdasarkan kepada apa produk baru yang orang perlu..

Pelanggan -  siapa yang kita nak jual.. semua orang tahu. 

Ada produk sesuai untuk semua orang seperti Pelitup Muka untuk Covid. Ada produk untuk pelanggan tertentu sahaja seperti kosmetik untuk orang perempuan.

Saya tak nak pening. Tak nak jual khusus kepada pelanggan tertentu aje..tak nak berniaga di tempat yang khusus.. saya nak TERBUKA.. 

Bila saya pilih Jus Nanas, saya tak terikat pada suatu tempat yang khusus untuk jual. Mana-mana boleh. Lagi bagus tempat orang awam lalu lalang. Sentiasa dapat pelanggan baru..sambil-sambil buat COD.. 

Setiap busines mesti ada halangan tersendiri..

Tak semua orang suka Jus Nanas sebab LIDAS.. tapi dengan jenis MD2, LIDAS dah tak ada.. Sekarang ni orang dewasa dah mula minat Jus Nanas.. sebab utama adalah khasiat.. boleh jadi supplement.. ada pelanggan tetap saya minum Jus Nanas sebab nak kawal penyakit kanser.. nanti kita bincang detail pasal khasiat nanas. 

Budak-budak masih belum minat Jus Nanas sepenuhnya lagi.. tapi kalau dijadikan 'smoothy', laju je.. InsyaAllah saya akan cuba tawarkan 'nanas smoothy' lak.. dok fikir-fikir macam mana sebab gerai saya masih belum ada letrik...al-maklum gerai tepi jalan.. kalau ada kios kat kedai atau pasaraya bolehlah kot...tunggu dulu..biar ekonomi pulih sikit..tunggu COVID terkawal..tunggu orang dah confident nak gi pasaraya, bawa anak janal-jalan macam dulu-dulu..

Busines Jus Nanas air balang gerai tak banyak kekangan.. boleh pacak kat mana-mana aje.. Tempat terbuka, orang ramai lalu lalang lagi bagus.. Tempat berkelompok macam bazar, pasar malam, pasar tani pun okey.. rezeki tu Allah punya.. kalau dah rezeki kita, kat mana-mana pun masukkk..

Orang Majlis datang melawat tu kes  rutin je.. macam hujan gak..πŸ˜†πŸ˜†. Kalau kena saman tu kira nasib lah.. dah kita yang salah..pacak gerai ikut suka kita je.. terima aje dengan redha.. jangan marah-marah lak..dia orang macam kita gak.. h=buat kerja..cari rezeki untuk anak bini.. tapi ada gak yang jenis melampau sangat.. geram gak.. kita doakan yang terbaik untuk semua.. InsyaAllah.. Allah suka dengan orang yang bayak bersabar.. 

Sapa-sapa nak berniaga Jus Nanas boleh beli Pati Nanas 100% Asli keluaran PATINANAS.COM


Dah panjang..nanti sambung topik terakhir Pelan Busines Jus Nanas.. Promosi...

Ditaja oleh: PATINANAS.COM. Pembekal Pati Nanas MD2 100% Asli




Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..πŸ˜‰πŸ˜‰ Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. πŸ’ͺπŸ’ͺ Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..πŸ˜…πŸ˜…InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

  Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas - kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat. Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. A da orang tanya..LOGIK ke?..Entah..a ku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je...   Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS ..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4 Pelanggan/Tempat  Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas. Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nana...