Skip to main content

Pelan Busines Jus Nanas (Part-4)

 


Dalam topik Pelan Busines Jus Nanas (Part-3) kita bincang pasal Pelanggan/Tempat (people/place). Kali ni kita bincang topik terakhir Pelan Busines Jus Nanas.. Promosi..

PROMOSI (promotion)

Semua orang boleh sediakan produk, boleh tetapkah berapa harga nak jual, boleh taget kategori pelanggan, tempat nak dijual.. tapi ramai yang kurang mahir pasal promosi..macam mana nak bakal pelanggan kenal produk kita..

Dulu-dulu orang masuk pameran, hantar info bercetak dari rumah ke rumah, pakai pos, macam-macam.. tapi sekarang semakin senang.. sebab dah ada social media..facebook, instagram, whatapps...

Yang paling asas adalah grup whatapps.. sebab senarai bakal pelanggan tu kita kenal..adik beradik, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, kariah surau/masjid..

Grup Whatapps ni sangat membantu. Boleh kenalkan produk kepada mereka.. mereka boleh tolong share kepada grup yang lain..free aje..

Orang sekarang biasa dengan Facebook..kalau dulu kita pakai FB untuk suka-suka, cari kawan alam maya. Tapi bila dah buat busines, gunakan FB untuk promo produk Jus Nanas kita. Kalau kita jual di gerai, letak lokasi gerai kita. Kalau buat COD, boleh guna FB Market Place. Tiap hari kita post dalam profile. Biar FB kita active. Boleh gak share dalam grup-grup yang berkaitan seperti grup komuniti penduduk, grup busines. Kalau lebih mahir, boleh guna FB Page.. jenis berbayar, lagi berkesan.

Saya lebih suka pakai Instagram. Lebih mudah. Cuma Insta ni orang muda-muda yang banyak guna.. tapi boleh je sebab produk Jus Nanas sesuai untuk semua orang. Paling tak pun orang muda boleh perkenalkan kepada ibubapa mereka.

Kalau pandai lagi berkesan pakai landing page atau website macam patinanas.com. Kita boleh letak macam-macam gambar. Pakai je Google Sites..free je..kalau nak pakai domain sendiri pun boleh. Tapi kena bayarlah.

Secara tradisional, kita boleh perkenalkan Jus Nanas dengan kasi promo free kat jiran tetangga, surau atau masjid. Sambil promo sambil sedekah.

Kat gerai boleh letak banner besar-besar. Boleh gak buat hadangan matahari. Gantung beberapa biji buah nanas pun boleh menarik orang lalu lalang. Ada je orang yang nak beli buah nanas fresh.

Okeylah, dah panjang lebar ni. Dah habis topik Pelan Businss Jus Nanas. Lain masa kita sembang topik lain lak..

Kalau nak saya sembang topik-topik lain yang berkaitan dengan Jus Nanas, boleh je letak dalam komen. Boleh saya share, apa-apa yang saya tahu.

Sapa-sapa nak berniaga Jus Nanas boleh dapatkan Pati Nanas 100% Asli, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan tanpa tambahan gula keluaran PATINANAS.COM



Ditaja oleh: PATINANAS.COM. Pembekal Pati Nanas MD2 100% Asli

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..😉😉 Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. 💪💪 Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..😅😅InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

  Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas - kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat. Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. A da orang tanya..LOGIK ke?..Entah..a ku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je...   Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS ..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4 Pelanggan/Tempat  Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas. Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nana...