Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Bagaimana Nak Mula Buisnes JUS NANAS (Part-3)

  Bertemu lagi.. kita masih dalam topik macam mana nak mulakan Busines Jus Nanas - kena ada ilmu berniaga. Dalam Part-1 & 2 aku sembang pasal produk dan struktur kos/harga, kali ni aku nak sembang pasal Pelanggan/Tempat. Aku dapat komen tentang keuntungan yang aku dok sembang dalam Part-2 Struktur Kos/Harga. A da orang tanya..LOGIK ke?..Entah..a ku sembang sebab aku memang merasainya..tapi sebelum COVID lah..musim COVID ni semua business kureng..orang dah tak leh bebas bergerak macam dulu..30% kurang..tapi masih okey je...   Nak cecah 40 Liter sehari tu bergantung kepada beberapa faktor..bukan boleh capai lepas sebulan berniaga..itu LOGIK..Produk kena cun.. harga kena cantik.. service kena top..yang penting orang nak kena tahu kita ni berniaga JUS NANAS ..berkait rapat dengan Promosi.. nanti kita sembang dalam Part-4 Pelanggan/Tempat  Pelanggan dan tempat sangat berhubung-kait dan sangat penting dalam busines Jus Nanas. Ada TIGA jenis pelanggan yang suka beli Jus Nana...

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-2)

  Apa khabar kau orang semua.. masih teroikir-pikir nak busines apa lepas COVID nanti.. Bulan Ramadhan pun dah dekat.. Mintak2 berniaga di Bazar Ramadhan dibukalah.. Nak cuba Busines Jus Nanas macam aku tak.. Okey, aku nak sambung topik Bagaimana Nak Mula Busines Jus Nanas - Kena Ada Ilmu Berniaga..sambungan daripada Part-1 Struktur Kos/Harga Nak berniaga kena ada asas ilmu kewangan perniagaan.. kalau tak modal lesap untung tah ke mana. Tapi kau orang jangan risau..bukan nak pandai sampai boleh jadi akauntan..πŸ˜‰πŸ˜‰ Yang pertama kena tahu berapa kos untuk bahan mentah - buah nanas. Biasanya dikira dalam Kilogram (Kg). Harga buah ni bergantung kepada gred buah, jumlah KG yang kita order, lokasi penghantaran dan sapa pembekal. Ada TIGA jenis gred.. Gred A (Premium/Besar), Gred B (Sederhana) dan Gred C (Kecik). Untuk pengiraan, kita guna Gred C. Katakan harga purata 1KG = RM3.00 Untuk dapatkan 1 Liter Pati Nanas , kau orang perlukan purata 1.5Kg buah. Jadi kos kasar untuk 1 Liter = RM4...

Bagaimana Nak Mula Busines JUS NANAS (Part-1)

  Anak saya kata dalam dunia maya SOMED ni tak leh guna bahasa baku..saya, awak, puan, tuan.. TAK MESRA.. kena guna bahasa SOMED.. aku, kau orang.. saya jadi pening.. SOMED tu ape?.. oh.. Social Medai.. baru saya tahu.. sebab dia tu besar dalam zaman SOMED.. jadi aku kena akur gak lah.. aku cuba ya.. kau orang jangan terasa lak.. memang bunyinya kasar..πŸ˜…πŸ˜… Okey.. kali ni aku nak sembang bab Bagaimana Nak Mula Business Jus Nanas. KENA ADA ILMU Yang pertama sekali kau orang kena tahu ilmu berniaga. Bukan nak suruh kau orang belajar macam nak ambik periksa.. nipis-nipis je.. macam mana nak dapatkan imu berniaga? Kena banyak memBACA dan berTANYA..lagi bagus kalau kau orang boleh masuk kursus.. sekarang banyak Kursus Keusahawanan percuma.. anjuran HRDF-Penjana... Woi serius ke.. busines gerai je pun.. weh..kau orang jangan tengok sebelah mata.. Berniaga Jus Nanas ni bukan benda main-main..kalau betul gayanya lumayan beb.. Kau orang ingat Ramly Burger tu tup-tup boleh buka kilang besar...

Pelan Busines Jus Nanas (Part-4)

  Dalam topik  Pelan Busines Jus Nanas (Part-3)  kita bincang pasal Pelanggan/Tempat ( people/place ). Kali ni kita bincang topik terakhir Pelan Busines Jus Nanas.. Promosi.. PROMOSI (promotion) Semua orang boleh sediakan produk, boleh tetapkah berapa harga nak jual, boleh taget kategori pelanggan, tempat nak dijual.. tapi ramai yang kurang mahir pasal promosi..macam mana nak bakal pelanggan kenal produk kita.. Dulu-dulu orang masuk pameran, hantar info bercetak dari rumah ke rumah, pakai pos, macam-macam.. tapi sekarang semakin senang.. sebab dah ada social media..facebook, instagram, whatapps... Yang paling asas adalah grup whatapps.. sebab senarai bakal pelanggan tu kita kenal..adik beradik, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, kariah surau/masjid.. Grup Whatapps ni sangat membantu. Boleh kenalkan produk kepada mereka.. mereka boleh tolong share kepada grup yang lain..free aje.. Orang sekarang biasa dengan Facebook ..kalau dulu kita pakai FB untuk suka-suka, ...

Pelan Busines Jus Nanas (Part-3)

Dalam topik Pelan Busines Jus Nanas (Part-2) kita bincang pasal struktur kos/harga (Price). Kali ni kita bincang pasal Pelanggan/Tempat (people/place) lak.. PELANGGAN/TEMPAT (people/place) Dalam teknik KEDUA, membina Pelan Busines pakai konsep 4P ni, Pelanggan/Tempat adalah adalah perkara pertama. Tapi dalam teknik PERTAMA, ia jadi perkara ke-3. Apa beza? Teknik KEDUA biasanya untuk produk inovasi..busines berdasarkan kepada apa produk baru yang orang perlu.. Pelanggan -  siapa yang kita nak jual.. semua orang tahu.  Ada produk sesuai untuk semua orang seperti Pelitup Muka untuk Covid. Ada produk untuk pelanggan tertentu sahaja seperti kosmetik untuk orang perempuan. Saya tak nak pening. Tak nak jual khusus kepada pelanggan tertentu aje..tak nak berniaga di tempat yang khusus.. saya nak TERBUKA..  Bila saya pilih Jus Nanas, saya tak terikat pada suatu tempat yang khusus untuk jual. Mana-mana boleh. Lagi bagus tempat orang awam lalu lalang. Sentiasa dapat pelanggan baru.....

Pelan Busines Jus Nanas (Part-2)

  Dalam topik Pelan Busines Jus Nanas (Part-1) kita bincang pasal produk. Kali ni kita bincang pasal Price (struktur kos/harga) lak.. PRICE (struktur kos/harga) Semua orang busines nak untung. Berapa untung terpulang kepada pilihan masing-masing. Untung bermaksud harga jual melebihi harga beli...dan jangan lupa harga beli termasuk sewa tempat, pengangkutan, tenaga kerja, kos iklan, saman, bil air & letrik... Saya jual 1 cup besar dengan harga RM3 & cup kecik RM2. Murah-murah. Tu pun masih ada untung. Saya tahu orang lain jual lagi mahal. Sampai cecah RM5 untuk cup besar. Mungkin boleh kalau jual kat kawasan elit macam KL, PJ, Damansara.. Gerai saya bukan kat kawasan elit.. jadi RM3 untuk cup besar dah okey. Kalau mahal nanti tak de orang nak beli..πŸ˜…πŸ˜…..lagi susah.. Berapa dapat untung?.. RAHSIA..😊😊 Saya kongsi dalam bentuk % je sebab untungnya tak tetap. Dulu masa saya guna buah nanas, kena beli stok ratusan kilo, kopek dan blend sendiri lagi tak tetap.. kalu buah c...

Pelan Busins Jus Nanas (Part-1)

  Setiap busines mesti ada pelan. Pelan Business , Rancangan Perniagaan atau Pelan Perniagaan atau Business Plan - macam-macam orang sebut.   Yang bezanya, ada orang tulis-tulis, lakar-lakar atas kertas dan ada gak yang main ingat-ingat dalam otak je.. mana-mana pun boleh. Yang penting ada pelan. Mungkin saya dah terbiasa lakar-lakar atas kertas kemudian taip-taip dalam komputer. Jadi saya buat macam busines air balang ni macam juta-juta. πŸ’ͺπŸ’ͺ Motivasi diri... Memang berniaga gerai air balang Jus Nanas ni biasa-biasa je, kecik-kecik..sebab ada satu je sekarang..  Tapi jangan pandang sebelah mata.. siapa tahu kot-kot rezeki lebih Allah nak bagi, boleh buka beberapa cawangan lepas ni..πŸ˜…πŸ˜…InsyaAllah.. Aamiin.. Saya pernah sembang dengan abang jual produk 'tokiyaki'.. mula-mula dia mula dengan satu gerai..pelan-pelan kayuh..lepas 3 tahun dia ada 10 gerai sendiri dan 30 owner gerai yang jual produk 'tokiyaki' dia. Siapa tak kenal dengan Ramly Burger, Sate Kajang Hj Shamuri...

Pelan Busines Biasa-Biasa

Ada orang kata busines kecik-kecik tak perlu plan perniagaan. Pakai redah je..Boleh je.. Sebenarnya semua busines mesti bermula dengan pelan. Dok fikir-fikir nak jual apa , nak promote macam mana, berapa harga nak jual, berapa dapat untung.. itulah pelan. Bezanya ada yang rajin, dia tulis dalam kertas. Ada gak yang dok kira-kira dalam kepala je..hebat tu.. Kalau tulis kat kertas, sekurang-kurangnya boleh rujuk balik. Samada yang dirancang kurang menjadi dan perlu ada perubahan atau busines semakin berkembang (InsyaAllah). Dalam topik Busines Musim COVID , saya ada cite sikit pasal Pelan Busines atau dalam bahasa baku disebut Rancangan Perniagaan ( Business Plan ) guna konsep 4P - Product (produk yang nak dijual), Pricing (struktur kos/harga), People/Place (bakal pelanggan/tempat) dan Promotion (promosi). Ada dua teknik yang orang busines biasa-biasa pakai.. Teknik PERTAMA bemula dengan product .. apa untuk siapa Product - Produk apa yang kita nak jual Pricing - Berapa harga nak...

Busines Lepas COVID

Suka atau tidak, COVID dah jadi norma baru. SOP perlu diteruskan walaupun semua dah dapat suntikan 'vaccine'. Hinggalah virus COVID betul-betul hilang daripada muka bumi ni.. Bila? Tak tahu. Tunggu dan lihat.. Ramai yang hilang punca pendapatan sebab COVID. Orang berniaga pun kena, yang makan gaji pun sama. Busines besar dan kecik..semuanya terkesan. Bukan aje kat negara kita, seluruh dunia. Kerajaan bantu sikit-sikit. Kasi tunai.. Tentu tak cukup. Nak cukupkan kena usaha sendiri. Pelbagai pilihan yang ada ikut kesesuaian dan kemampuan sendiri. Yang paling cepat adalah busines . Nak berniaga apa?  Soalan cepumas. Ramai orang tanya soalan yang sama. Pelbagai jawapan yang ada. Saya cadang secara umum. 1. Ikut kemahiran sendiri - kalau pandai masak, boleh busines makanan . Kalau pandai bertukang boleh tawar khidmat penyelenggaraan kepada jiran-jiran. Kalau pandai ONLINE boleh tawar khidmat latihan atau ambil upah promosi produk. 2. Ikut minat - tahu sikit-sikit aje tapi minat..bol...

Pendapatan Terjejas Sebab COVID

Ramai orang hilang kerja sebab Covid. Hilang sumber pendapatan. Sekatan pergerakan menyebabkan syarikat tak dapat beroperasi macam biasa. Ekonomi dalam negara dan seluruh dunia merudum. Kuasa membeli dah berkurang. Kerajaan dah bantu. Hulurkan sedikit tunai. Tapi tak cukup. Memang tak akan cukup. Kerajaan tak leh bantu banyak. Tak leh bantu semua orang untuk selama-lamanya. Yang terkesan tu kena cari jalan penyelesaian sendiri. Macam mana? Kena pikir sendiri. Apa yang sesuai ikut kemampuan. Ikut minat. Ikut kepakaran sendiri. Janji dapat jana pendapatan yang halal untuk keluarga. Kalau nak kerja makan gaji balik memang lambat. Tunggu semua orang ambil 'vaccine' dulu. Tunggu ekonomi pulih semula. Tunggu perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.  Tapi  nak tunggu semua tu ambil masa. Entah bila. Bulan depan? 6 bulan lagi? Tahun depan? Bolehlah tunggu tapi hari ni dapur nak kena berasap. Esok belanja anak sekolah nak kena sediakan. Bulan depan pinjaman bank, bill air, letrik, ...